Cintaku Forever

【馬來電影】
Cintaku Forever (DVD) 馬來電影
  • Cintaku Forever image 1
  • Cintaku Forever image 2
HK $65.80

HK $58.00

添加到購物車

Cintaku Forever

Cintaku Forever

  • 視 頻
  • NTSC Widescreen
  • 音 頻
  • 馬來語
  • 字 幕
  • 光碟
  • DVD 光碟
  • 區碼
  • 區碼 All
HK $65.80   HK $58.00    添加到購物車

  • 商品名稱 : Cintaku Forever
  • 播放時間: 大約 89分鐘
  • 上映 / 播送日 : 2007年
  • 上架日 : 2010年03月13日
  • 片數 : 1 片
  • 重量 : 150(g)

  • 劇情介紹
  • Joe (Lakonan Yusry KRU, Cicakman, Cinta Kolestrol) seorang anak hartawan yang selalu bertukar-tukar pasangan dalam percintaannya. Dia memang terkenal sebagai seorang kaki perempuan. Bertukar teman wanita seperti menukar baju. Tibalah suatu hari, dia bertemu dengan Flora (lakonan Revalina S. Sinetron Bawang Merah, Bawang Putih, Pucong 2) juga ingin ke hospital yang sama dengan Joe.

    Joe telah jatuh hati dengan Flora. Ini telah menyebabkan dia meminta bantuan kawan baiknya, Jun, untuk mengetahui siapa sebenarnya Flora. Dalam pencarian itu, Flora juga ada menyimpan hati kepada Joe, tetapi dia meragui kesetiaannya, walaupun Joe telah meninggalkan tabiat lamanya apabila bertemu dengan Flora.

    Hubungan mereka menjadi semakin rapat, namun pada suatu hari Joe terkejut apabila mengetahui dia mengidap barah otak. Dia mula menyisihkan diri serta mula menjadi lebih sensitif. Flora mula mengesyaki sesuatu dan menyangka, Joe mula kembali ke tabiat lamanya. Percintaan mereka mula musnah. Flora mula menjauhkan dirinya dari Joe. Dia kecewa.

    Pada ketika itulah, Joe mengetahui pula yang Flora telah mengidap penyakit buah pinggang yang agak kronik. Menambahkan penderitaan Flora, dia hidup sebatang kara tanpa saudara mara. Mengetahui hal ini, telah menyebabkan Joe berasa menyesal dan mula menebus kesalahannya kepada Flora. Dia berjanji akan membahagiakan Flora sehingga ke akhir hayat mereka.

    Cintaku Forever merupakan sebuah kisah cinta penuh tragis yang cukup meruntun perasaan. Kisah cinta dua pasangan muda yang mengidap penyakit yang cukup merbahaya. Bagaimana Joe yang mengidap penyakit barah otak, sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada Flora, apabila dia mengetahui penyakitnya itu begitu kritikal. Walaupun telah diberi amaran oleh doktor, namun Joe tetap berdegil untuk menyerahkan buah pinggangnya kepada Flora.

    Setelah pemindahan buah pinggang itu berjaya, keadaan Joe semakin kritikal. Flora amat berharap dia dapat melakukan sesuatu kepada Joe.