1 Lawan Satu (DVD) 正版2013光碟

馬來電影
1 Lawan Satu (DVD) 馬來電影
  • 1 Lawan Satu image 1
  • 1 Lawan Satu image 2

目前缺貨

1 Lawan Satu

1 Lawan Satu

  • 視 頻
  • PAL
  • 音 頻
  • 馬來語
  • 字 幕
  • 馬來文
  • 光碟
  • DVD 光碟
  • 區碼
  • Region All

目前缺貨

  • 商品名稱 : 1 Lawan Satu
  • 播放時間: 大約 83分鐘
  • 上映 / 播送日 : 2013年
  • 上架日 : 2013年07月23日
  • 片數 : 1 片
  • 重量 : 150(g)
  • 製作國家 : Malaysia

  • 劇情介紹
  • Setiap pahlawan ada ceritanya… Begitu juga SALEH dan RADHI, dua orang ‘pahlawan’ yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu arena.

    SALEH dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, SALEHA telah menyebabkan ayahnya melepaskan SALEH pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka.

    Berbeza dengan hidup RADHI yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, SARA yang sedang sakit tenat. RADHI boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan SARA.

    Kehadiran SALEH ke Bandar telah menemukannya dengan NORA, kawan kepada SALEHA. Namun SALEHA masih tidak ditemui. NORA dengan rela hati membantu SALEH mencari SALEHA sehingga jumpa. Ketangkasan dan keazaman RADHI telah menyebabkan OMAN, mengupahnya untuk berlawan untuknya. RADHI yang terdesak kerana memikirkan keadaan SARA menerima tawaran OMAN. Perjalanan SALEH dalam mencari SALEHA juga membawanya kepada OMAN yang telah membeli SALEHA dan mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur jika SALEH melawan. Tanpa mereka sedari, SALEH dan RADHI telah digunakan oleh OMAN untuknya mengaut keuntungan dalam perlawanan Malaysian Super Fighter 2012.

    Satu demi satu perlawanan terpaksa RADHI dan SALEH hadapi demi menyelamatkan nyawa adik masing – masing. Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib SALEHA dan SARA. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin.