Safira (Part 1)

「インドネシア語TVドラマ」
Safira (Part 1) (DVD) インドネシア語TVドラマ
JPY ¥1,756.98

JPY ¥1,539.11

カートに追加
  • ビデオ
  • PAL Fullscreen
  • オーディオ
  • インドネシア語
  • 字幕
  • マレー語
  • ディスク
  • DVD ディスク
  • 地域コード
  • 地域コード All
JPY ¥1,756.98   JPY ¥1,539.11    カートに追加

  • 商品名 : Safira (Part 1)
  • 発売日 : 2010年03月08日
  • ディスク枚数 : 4 枚
  • 重量 : 270(g)

  • ストーリー紹介
  • Ia mengisahkan tentang SAFIRA, seorang gadis yang ceria dan penuh semangat. Namun tiada siapa yang menyangka, di sebalik keceriaannya, ada kepahitan hidup yang tidak dapat dibayangkan. Ibunya, AIDA, meninggalkannya ketika Safira berusia 7 tahun. Sementara ayahnya, HUSEIN, adalah seorang kaki botol yang meninggalkan rumah bersama DODI, abang Safira. Sejak itu Safira yang masih kecil terpaksa meneruskan kehidupannya bersama kedua-dua adiknya FARAH dan ALI. Mereka telah dibesarkan oleh NENEK SAFIRA sehingga dewasa.

    Setelah nenek Safira meninggal dunia, Safira dan adik-adiknya tinggal bersama makcik mereka, Hana di Jakarta. Safira mencari pekerjaan baru demi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Pada masa yang sama, ibu kandung Safira juga sedang mencari Safira dan adik-adiknya setelah mengetahui tentang kematian nenek Safira.

    Di Jakarta, Safira telah bertemu dengan Aditya, seorang jejaka tampan yang kaya. Safira bekerja di rumah Aditya sebagai pembantu rumah setelah nenek Aditya, Maryam mendapati bahawa Safira adalah seorang gadis yang jujur. Nenek Maryam amat menyayangi Safira dan sentiasa membantunya untuk menyelesaikan masalah keluarga Safira.

    Lama-kelamaan, Safira mula menyukai Aditya, namun Aditya telah mempunyai teman wanita iaitu Mia. Namun, tidak lama kemudian Aditya dan Mia berpisah setelah mengetahui bahawa Mia sebenarnya adalah anak seorang penjual ikan dan bukanlah anak orang kaya seperti yang diceritakannya. Aditya berasa tertipu lalu berkongsi masalahnya bersama Safira. Mereka mula jatuh cinta antara satu sama lain setelah banyak meluangkan masa bersama namun cinta mereka diuji setelah Safira bertemu dengan ibu kandungnya.

    Disebabkan oleh sikap ibu Aditya yang boros, Aditya dan neneknya telah kehilangan rumah mereka. Geran rumah mereka telah dipajak pada ayah tiri Safira, Pak Hartawan yang amat membenci nenek Maryam sekeluarga. Pak Hartawan berusaha sedaya-upaya untuk memisahkan Safira dan Aditya dan akhirnya dia cuba menjodohkan Safira dengan Rama, anak kepada rakan perniagaannya.

    Adakah Safira berjaya mengelakkan dirinya daripada dijodohkan dengan Rama? Bagaimanakah kesudahan cinta Safira dan Aditya?